Terma dan Syarat Penginapan

Terma dan syarat penginapan

1) Hanya penghuni yang beragama Islam sahaja dibenarkan menginap.
2) Deposit sebanyak RM50 akan di minta semasa mendaftar masuk.
3) Pelangan akan diminta untuk menunjukkan Kad Pengenalan (mykad) ketika mendaftar masuk bagi tujuan pengesahan.
4) Pembayaran penuh perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas tempahan, jika gagal tempahan tersebut terbatal.
5) Tidak dibenarkan melakukan aktiviti maksiat, kelakuan sumbang dan jenayah. Aduan akan dibuat kepada pihak berkuasa untuk tindakan.
6) Tidak dibenarkan memasak, kecuali masakan ringan.
7) Makan tidak halal, arak dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk. Dan penghuni tidak dibenarkan merokok di dalam homestay.
8) Segala kemudahan, alatan, perabot dan alat kawalan jauh tidak dibenarkan dibawa keluar. Sekiranya didapati telah hilang, wang deposit akan ditolak.
9) Segala kemudahan, alatan, perabot dan kelengkapan hendaklah dijaga dengan cermat. Sekiranya didapati rosak akibat pengunaan yang salah, wang deposit akan ditolak.
10) Makanan, minuman dan pakaian yang dipamirkan adalah untuk jualan, sekiranya diambil, diguna, dibuka atau dimakan; harga untuk barangan terabut akan dikira dan ditolak daripada wang deposit.
11) Sila tutup suis elektrik dan pili air ketika keluar. Jimatkan pengunaan tenaga.
12) Sila awasi barangan berharga anda dan kunci pintu utama pada setiap masa.
13) Pihak kami tidak bertangungjawab terhadap kehilangan barangan, kemalangan atau kecerderaan yang berlaku semasa tempoh penginapan.
14) Kunci hendaklah diserahkan semula dalam keadaan baik. Sekiranya rosak atau hilang, RM10 akan ditolak daripada wang deposit.
15) Sebarang pindaan pada terma dan syarat akan dibuat dari semasa ke semasa.
 

Theme by HermesThemes

Copyright © 2017 The Lurve House. All Rights Reserved

Show Buttons
Hide Buttons